Rabu, Januari 4

Belajar Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

Tags

๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒAssalamualaikum dan salam sejahtera semua..Apa khabar anda semua? Semoga sihat,ceria dan hebat selalu..

Apa khabar anak anda? Sihat? Saya doakan semoga anda dan anak anda di beri kesihatan yang baik.Amin..

Ibu Bapa adalah insan terdekat untuk memastikan anak-anak nya dalam keadaan sihat ,ceria dan hebat . Sihat tu bukan sahaja dari fizikal malah kesihatan emosi dan kesihatan spritual pun perlu di beri perhatian.

Ok la entri saya kali ini saya akan berbicara tentang silibus PERMATA iaitu " Perkembangan Emosi (sahsiah)"

Eh! dalam Taska pun ada silibus ka? emmmm ingat kan bagi hanya asuh dan jaga  bagi memastikan keselamatan sahaja jak.... emmmmm
Orang barat da buat banyak kajian tentang perkembangan kanak-kanak. Cuma pendidikan bagi kanak kanak umur 3 bulan hingga 4 tahun baru di beri galakan oleh kerajaan Malaysia .Di Taska kami di beri modul yang tersusun dan sistematik iaitu modul PERMATA dan di galakkan wajib mengikuti kursus sejak tahun 2013 oleh semua pendidik/pengasuh taska di Malaysia..Ok la saya tidak mahu cakap banyak, kita teruskan " Perkembangan Emosi (sahsiah).

Sebelum tu saya ingin kongsikan video has untuk anda semua supaya minda kita terbuka...selamat menonton dengan gembira..





Comel dan aktif pula... 5/5 untuk rate star untuk video ni...

apa yang saya nak tekan kan ialah :

Objektif pembelajaran bidang Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian bagi kanakkanak
0 hingga 4 tahun ialah untuk membina perasaan tenteram, kebolehan mengawal emosi
dan perasaan, membina tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan
keyakinan diri yang tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi arahan, menghayati nilainilai
murni, mensyukuri kebesaran Tuhan. (sumber;  kurikulum PERMATA Negara)

iya .. inilah kami cuba terapkan dalam taska kami..


Sebagai Pengusaha dan Warga Pendidik, kami wajib
kembang kan secara optimum perkembanagan kanak-k anak dalam aspek sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian seperti yang di sarankan oleh Kurikulum Permata .


1.  Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan lekatan
2. Hormati idea dan perasaan kanak-kanak
3. Sentiasa memberi galakan, dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri,
harga diri, rasa selamat, rasa diterima dan di punyai.
4. Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa, ceria, menyeronokkan dan
mengupayakan kebolehan kanak-kanak
5. Galakkan kanak-kanak meneroka persekitaran untuk memahami komuniti dan
peranannya sebagai anggota komuniti
6. Tunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan orang
lain untuk membina persepsi positif terhadap dirinya dan orang lain
7. Beri peluang kanak-kanak meluahkan perasaan, mencadangkan idea, membuat
pilihan dan keputusan sendiri dalam pelbagai aktiviti atau program yang dijalankan di
TASKA supaya mereka berasa dihargai dan ada harga diri
8. Bina hubungan baik dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti
9. Hormati budaya dan agama kanak-kanak.


Oo sampai banyaksekali,senarai tu.. da terbuka ka minda ? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

kesimpulan nya  kanak-kanak adalah permata berharga yang perlu di gilap agar mampu berbakti kepada agama,bangsa dan negara ... jumpa lagi di entri saya akan datang... bye....


Seorang cikgu taska di Tambunan, Sabah. Mesra dan suka akan kanak-kanak. Ingin mendalami lagi ilmu pendidikan kanak-kanak.

1 ulasan so far

info yg sangat brguna ๐Ÿ‘


EmoticonEmoticon